Selasa, 16 Jun 2009

Metodologi Perubatan Traditional Menurut Islam Print
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Saturday, 13 January 2007

Pengenalan

Perubatan Islam berbeza dengan perubatan yang diamalkan oleh pengamal-pengamal perubatan bangsa-bangsa lain di dunia dari tiga sudut:

Pertama: Amalan perubatan Islam mengajar perawat dan pesakit sentiasa bergantung kepada

Allah.

Kedua;

Amalan perubatan biasa hanya berasaskan bahan-bahan alam yang berdasarkan kajian dan

pengalaman manusia. Sementara perubatan Islam pula menggabungkan antara dua perkara iaitu

bahan alam dan doa serta jampi.

Sumber perubatan biasa ialah kajian semata-mata, sementara sumber perubatan Islam ialah

gabungan antara wahyu ilahi, amalan nabi dan pengalaman serta kajian.

Kertas kerja ini akan memfokuskan tiga perkara ini sebagai satu metod dan kaedah perubatan Islam

Setiap muslim meyakini bahawa Allah yang menurunkan penyakit dan hanya Allah yang menyembuhkanya. Sabda baginda bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan baginya penawar”.

Allah berfirman menceritakan doa nabi Allah Ibrahim bermaksud: “Apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan.”(al-Syu`ara’, 80)

Keadaan ini menuntut perawat dan pesakit memperbanyakkan ibadah yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah agar segala penyakitnya segera disembuhkan oleh Allah. Antara amalan-amalan tersebut ialah:

  1. Solat dan Doa

Seorang lelaki mengadu kepada baginda tentang matanya yang kabur. Baginda mengarahkannya agar berwudu’, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dan seterusnya berdoa kepada Allah agar diberi kesembuhan. Lelaki itu melakukan apa yang disuruh, lalu Allah menyembuhkan penyakitnya.

  1. Zikir

Zikir-zikir yang diajar oleh al-Quran merupakan pencegahan awal bagi pesakit daripada kesakitan-kesakitan yang bakal menimpa.

Antaranya baginda mengajar Aishah sebelum tidur membaca 3 qul dan ditiupkan ditangan, lalu disapukan keseluruh badan sebanyak tiga kali.

Antaranya juga baginda bersabda bermaksud: Sesiapa yang membaca 2 ayat di akhir surah al-Baqarah, ia mencukupinya.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda mengajar berdoa ketika terkejut:

( أعوذ بكلمات الله التامة من غضبه وشر عباده و من همزات الشياطين وأن يحضرون )

  1. Bacaan al-Quran

Bahan-bahan Alam

Bahan-bahan alam yang boleh digunakan dapat diketahui melalui dua sumber iaitu perkhabaran al-Quran, perkhabaran nabi dan kajian serta pengalaman.

Antara bahan yang disebut dalam al-Quran ialah madu. Firman Allah: “keluar dari perut-perutnya minuman yang pelbagai warna, yang mengandungi penawar.”(al-Nahl, 69)

Baginda juga mengarahkan lelaki yang terkena cirit agar minum madu. (Bukhari/ 5684)

Baginda bersabda bermaksud: “Penawar itu pada tiga perkara; berbekam, minuman madu dan pemanasan api. Dan aku melarang pemanasan api.” (Bukhari/ 5681)

Hadis ini menjelaskan asas-asas rawatan iaitu menerusi minuman, atau pengeluaran darah kotor.

Baginda menjelaskan tentang kelebihan bijiran hitam (Habbah al-sauda’): “Sesungguhnya bijiran hitam ini penawar bagi segala penyakit melainkan “sam”. Sahabat bertanya: Apa itu “sam”? Jawab baginda: “mati”. ( Bukhari/ 5687)

Bacaan Ayat al-Quran, Doa dan Jampi

Perubatan Islam tidak berpada dengan bahan alam, tetapi mengadunkannya dengan bacaan yang berupa doa dan jampi. Baginda bersabda bermaksud: “Gunakanlah dua penawar; al-Quran dan madu.”

Hadis menjelaskan bahawa al-Quran juga adalah penawar dalam beberapa ayat :

Baginda membenarkan penggunaan jampi. Sahabat-sahabat bertanya: Apa pandangan kamu dengan jampi yang kami jampi dan ubat yang kami gunakan untuk rawatan, adakah boleh menolak ketetapan Allah? Baginda menjawab “itu juga sebahagian ketetapan Allah.” (Ibn Majah)

Apabila nabi sakit, Jibrail datang dan menjampinya dengan bacaan:

( بسم الله أرقيك والله يشفيك )

Bermaksud: “Dengan nama aku jampi kmu, dan Allahlah yang menyembuhkan kamu.”

Antara jampi baginda :

1. ( اللهم رب الناس مذهب البأس اشف أنت الشافي لا شافي إلا أنت شفاء لا يغادر سقما)

2. ( بسم الله تربة أرضنا بريقة بعضنا يشفى سقيمنا بإذن ربنا )

3. ( باسم الله الشافي بسم الله الكافي بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيئ في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم )

Jampi boleh diambil daripada ayat-ayat al-Quran. Syafie berkata: Tidak mengapa berjampi dengan menggunakan kitab Allah dan zikir-zikir Allah yang dimaklumi.” Sahabat nabi berjampi menggunakan surah al-Fatihah

Jampi yang menggunakan selain daripada al-Quran dibolehkan dengan beberapa syarat:

    1. Menggunakan kalam Allah, atau nama-namaNya dan sifat-sifatNya
    2. Dengan bahasa arab atau bahasa yang difahami maknanya.
    3. menyakini bahawa jampi itu tidak memberi kesan dengan sendirinya tetapi dengan izin Allah. [1]

Muslim meriwayatkan daripada Aup bin Malik katanya: Kami berjampi di zaman Jahiliyyah. Lalu kami bertanya: wahai Rasululullah, apa pendapat kamu? Baginda bersabda: “bentangkan kepadaku jampi serapah kamu. Tak ada halangan bagi bagi jampi selagi tidak mengandungi unsure syirik.” 5.0 Menggunakan air 6.0 Menggunakan ludahan

Sahabat Nabi ketika berjampi dengan al-Fatihah, membaca surah tersebut dan meludahkan air liurnya ke tempat gigitan ular, lalu sembuh.

Tiupan

Aishah membaca 3 qul lalu ditiupkan ke tangan Rasululullah, seterusnya baginda menyapu kesan tiupan itu ke jasad baginda.

Menggunakan tangkal dan Azimat

Penggunaan tangkal disebut oleh nabi bermaksud: “ssungguhnya jampi, tangkal dan sihir sayang suami adalah syirik.” ( Abu Dawud, Ibn Majah, Sahih al-Hakim)

Tangkal diharamkan sekiranya dengan maksud tangkal itulah yang menentukan baik atau tidak. Tangkal yang menggunakan nama-nama Allah dan dengan iktikad ianya berkesan dengan izin Allah dibenarkan. Adapun tangkal yang menggunakan perkara-perkara lain, hukumnya adalkah makruh kerana dibimbangi ada unsure syirik.

Larangan menggunakan Jin

Jin merupakan satu makhluk yang dicipta oleh daripada api. Mereka hidup di alam manusia tetapi tak dapat dilihat oleh manusia. Hubungan antara jin dan manusia sememangnya wujud. Antaranya jin membantu manusia dalam rawatan dan perubatan. Memohon bantuan daripada jin adalah haram. Ini kerana al-Quran telah menegaskan bahawa jin dalam hibungannya dengan manusia cuba untuk menyesatkan manusia. Firman Allah bermaksud: “Beberapa orang lelaki di kalangan manusia memohon perlindungan daripada lelaki-lelaki jin, lalu jin itu akan menambahkan kesesatan mereka.”

Lagipun manusia adalah makhluk mulia lebih daripada jin. Kenapakah yang mulia perlu memohon bantuan daripada makhluk yang kurang daripadanya? Firman Allah bermaksud: “sememangnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, dan Kami tanggung mereka di daratan dan lautan, dan Kami rezkikan mereka daripada perkara-perkara yang baik, dan Kami lebihkan dia atas kebanyakan makhluk ciptaan Kami selebih-lebihnya.”

Manusia juga sebenarnya lebih berilmu berbanding jin. Ini boleh dilihat dalam peristiwa lelaki yang berupaya memindahkan istana Balqis dengan permintaan nabi Sulaiman sebelum mata Nabi Sulaiman berkedip. Sedangkan jin hanya mampu mendatngkannya sebelum Nabi Sulaiman bangun daripada duduknya.

Bolehkah lelaki merawat perempuan dan sebaliknya?

Imam Bukhari menjadikan tajuk sebagai satu bab dalam Kitab Perubatan dalam kitab hadisnya. Bukhari meriwayatkan bahawa Rubayyi` binti Mu`awwiz berkata: “kami pernah berperang bersama Rasulullah, kami memberi minum kepada orang ramai, kami melayani mereka dan dan menghantar pulang orang yang terbunuh dan luka ke Madinah.” Tetapi perlu dijaga dari sudut pandangan dan sentuhan berdasarkan hajat sahaja.

Amalan-amalan Doa dan Zikir Untuk Rawatan

Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sebagai bacaan harian perawat:

  1. al-Fatihah
  2. Ayat Syifa

a) قد جاءتكم موعظة من ربكم وشفاء لما في الصدورYunus, 57

b) ( يخرج من بطونها شراب مختاف ألوانه فيه شفاء للناس al-Nahl, 69

c) ( وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين) al-Isra’, 82

d) ( قل هو للذين آمنوا هدى وشفاء) Fussilat, 44

e) ( وإذا مرضت فهو يشفين) al-Syu`ara’, 80

f) ( ويشفي صدور قوم المؤمنين) al-Taubah, 14

  1. al-Falaq
  2. al-Nas

Penutup

Terdapat banyak lagi bacaan-bacaan ayat al-Quran dan doa yang diajar oleh baginda dalam merawat pesakit. Ini memerlukan para perawat lebih banyak meneliti dan menghafaz doa-doa dan ayat tersebut untuk menambahkan lagi keberkatan usaha penrubatan.



[1] Fath al-Bari, juz 11, m/s 352


http://www.darulfuqaha.com/

0 comments: