Rabu, 15 April 2009

Jemaah-jemaah Islam Yang Pelbagai

Lama tidak menulis. Selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, saya terpanggil untuk menulis sekadar membuka minda pembaca berkenaan dengan satu isu lama tetapi terus wujud dalam dunia dakwah Islam hari ini iaitu kepelbagaian jemaah-jemaah Islam di Malaysia atau dengan gaya bahasa yang lain; Ta`addud al-Jama`ah.

Persoalan yang saya ingin lontarkan di kanvas maya ini adalah "Mengapa perlu ada pelbagai kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia selepas wujudnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Malaysia?".

JIM, ALAMI, ABIM, ISMA dan macam-macam lagi kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia adalah nama-nama yang sering meniti di bibir-bibir aktivis dakwah dalam membincangkan kewajaran jemaah-jemaah ini selepas wujudnya PAS di Malaysia.

Saya sering terfikir mengapa perlu wujud pelbagai jemaah Islam di Malaysia sedangkan seakan-akan misi dan hadaf dakwah setiap kumpulan ini adalah apa yang diperjuangkan oleh PAS itu sendiri. Masing-masing bersetuju (saya tidak tahu kalau ada yang tidak bersetuju) bahawa menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai dasar dan pegangan berkerajaan adalah satu perkara yang wajib.

Sering disebut bahawa PAS hanya mementingkan politik dan tidak mengutamakan tarbiah. Lalu JIM, ALAMI, ISMA dan sebagainya mula menyatakan bahawa mereka mementingkan tarbiah. Kalaulah benar PAS kekurangan tarbiah atau tidak mementingkan tarbiah, maka mengapa jemaah-jemaah ini tidak bertemu Lajnah Tarbiah PAS Pusat lalu menawarkan KEHEBATAN tarbiah mereka untuk disalurkan dan disebarkan kepada rakyat Malaysia yang tidak ada tarbiah.

Kadang-kadang saya merasakan kewujudan golongan-golongan bertarbiah ini hanya melambatkan kemenangan Islam. Mahunya tidak. Kekurangan tenaga di dalam PAS sudahlah tidak diisi . Tenaga tarbiah yang ada pula disalurkan kepada kewujudan jemaah-jemaah ini yang mengkritik PAS dengan alasan bahawa PAS bukan parti tarbiah.

Ada orang buat rumah. Ramai yang tolong untuk siapkan rumah tersebut. Tiba-tiba ada kekurangan. Tak ada yang pandai nak buat tingkap yang sempurna. Ada yang katanya dia pandai nak buat. Tiba-tiba orang yang dikatakan pandai ini tak nak tolong buatkan tingkap. Dia pula cari kawan-kawannya yang lain buat rumah baru. Kenapalah si pandai buat tingkap ini tak sempurnakan dan bantu untuk cantikkan rumah yang pertama?

Satu persoalan.

Pertahankan Kesatuan Mahasiswa Islam Mesir

Haramkan PMRAM - Memo terbuka untuk Perdana Menteri

Madinah Nasr,26 mac 2009, Seluruh perwakilan yang mewakili semua Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Malaysia seluruh Mesir berikrar akan mempertahankan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan naungannya dari diganggu gugat oleh sebarang anasir yang menggugat dan memecah belahkan ahli dan kesatuan.

Mukatamar Tahunan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke-76 sebulat suara meluluskan dua usul yang membawa kesepakatan lebih 3000 ahlinya mempertahankan kesatuan PMRAM dari sebarang serangan dan gangguan , 11 Badan Kebajikan Anak Negeri dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa Malayasia yang bernaung di bawah lembayung kesatuan PMRAM menyatakan sokongan penuh menolak sebarang usaha kotor pihak tertentu untuk menggugat keutuhan solidariti mahasiswa Malaysia di Mesir.lebih kurang 1000 ahli hadir ke muktamar tersebut termasuk 750 perwakilan sepakat menyatakan sokongan padu dan dewan muktamar digegarkan dengan tepukan gemuruh apabila usul-usul tersebut diluluskan.

Walaubagaimanapun Perhimpunan Agung Umno yang dijalankan serentak dengan tarikh Muktamar Tahunan PMRAM memutuskan sebaliknya. PMRAM bukan sahaja ditohmah malah diusul untuk dihapuskan.

Menurut laporan malaysiakini, seorang perwakilan Umno luar negara yang menuntut universiti di Southampton, Britain mengusulkan supaya PMRAM diharamkan. Gesaan itu dibuat atas alasan kononnya ia menyebarkan ideologi politik pembangkang.

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya.

"Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang.

"Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.

Walaubagaimana pun Presiden PMRAM menegaskan bahawa PMRAM bukanlah sebuah organisasi politik seperti Kelab Umno Mesir yang jelas nama dan gagasan ideologi politiknya adalah dari Umno Malaysia. Namun harus difahami bahawa jelas berbeza diantara berpolitik secara langsung dan mengambil tahu serta menyatakan pandangan dalam sebarang isu termasuk isu politik. Malah kewajipan masiswa menyatakan pandangan dalam sebarang isu adalah suatu kewajaran yang tidak dapat disangkal lagi. Ia bebas untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja , dimana-mana sahaja untuk memberikan sikap dan pandangan masing-masing selaku mahasiswa yang prihatin dan bersemangat patriotik.

Jelas, Pmram tidak pernah menamakan diri sebagai organisasi poltik , malah tidak wujud langsung dalam objektif penubuhannya sebarang gagasan politik seperti kelab Umno Luar Negara yang namanya pun sudah jelas membawa aspirasi Umno Malaysia.walaubagaimana pun PMRAM selaku pendokong kepada proses perkembangan kemahasiswaan yang baik tidak mengahalang sesiapa jua dari kalangan mahasiswa termasuk ahli kelab Umno dari menyatakan pandangan dan perbincangan sebarang isu kenegaraan termasuk isu politik Malaysia.

Apakah wakil kelab Umno tersebut sudah hilang pertimbangan sehingga mencadangkan agar PMRAM diharamkan kerana kononnya berpolitik. Sedangkan ia sendiri ahli kelab Umno yang jelas berpolitik.

Gesaannya supaya biasiswa pelajar yang meyertai PMRAM ditarik balik tidak lebih dari menunjukkan sikap politik kediktatoran yang berjaya disematkan kedalam setiap pemikiran ahli kelab Umno. Apakah pemikiran yang penuh hasad dan kedengkian ini yang menjadi tunjang kepada gerakan kelab Umno yang membawa aspirasi Umno Malaysia.

Sikap ini bukan sahaja mencerminkan dendam kesumat malah ia adalah lambang betapa tidak profesionalnya mereka setelah gagal mendapat tempat di kalangan mahasiswa Al Azhar yang terkenal sebagai kilang melahirkan pejuang Islam di seluruh dunia.

Apakah Kelab Umno Mesir terlalu menikus sehingga sanggup membiarkan wakil Kelab Umno Britain untuk membawa gesaan tersebut yang jelas mencampuri urusan mahasiswa Malaysia Mesir dan amat menyimpang dari dasar kesatuan dan perpaduan yang dicanangkan oleh Umno untuk menyatukan Melayu.

Apakah mereka tidak menyedari bahawa PMRAM adalah sebuah NGO besar Melayu di Mesir yang sah berdaftar dengan kerajaan Mesir.Mengharamkan PMRAM seumpama mengkhianati sebuah khazanah Melayu yang amat bernilai dalam siri sejarah keagungan perkembangan ketamadunan Melayu yang bertaraf antarabangsa.

PMRAM sendiri lebih awal ditubuhkan untuk menanungi rakyat Malaysia sekian lama sebelum tertubuhnya Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Malah kesatuan mahasiswa seawal penubuhan PMRAM lah yang menggesa supaya kerajaan Malaysia pada waktu itu mewujudkan sebuah kedutaan di Mesir.

Kini isu pengharaman PMRAM kembali timbul pada Perhimpunan Agung Umno setelah ia pernah disensasikan suatu ketika dahulu oleh menteri yang mengawal Kementerian Penerangan pada waktu itu.

Mantan menteri Umno Zainudin Maidin pernah mengecam PMRAM secara terbuka dalam arus media perdana Malaysia beberapa tahun dahulu. PMRAM diserang bertubi-tubi dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.Di antaranya PMRAM dituduh mengongkong kebebasan mahasiswa Al Azhar. Malah nama PMRAM pernah meniti di setiap mulut kepimpinan Umno sebagai sasaran kedua yang wajib djatuhkan selepas kerajaan PAS kelantan suatu ketika dahulu.

Usaha pihak pemerintah ini dikuatkan lagi dengan usaha mengutuskan pegawai bagi menjaga setiap premis rumah-rumah negeri bagi menghalang PMRAM dari bergerak aktif di kalangan anak-anak negeri. Bukan sahaja PMRAM dilarang menggunakan dewan rumah-rumah negeri malah lambang PMRAM turut dilarang untuk dipamerkan dalam sebarang iklan dan notis.

Pmram juga pernah ditohmah sebagai pertubuhan haram, pengganas dan presidennya kaki perempuan dalam siri-siri kursus persediaan untuk ke Mesir oleh Biro Tata Negara Malaysia. Apakah perlu kerajaan Malaysia membayar ribuan ringgit kepada petugas-petugas BTN hanya semata-mata untuk memburukkan PMRAM dan mengugut mahasiswa baru dari bergerak aktif bersama PMRAM di Mesir.

Selain kecaman terbuka terhadap PMRAM dan ahlinya,Ia pernah dinafikan hak untuk menggunakan sebarang premis kerajaan Malaysia di Mesir. Malah sehingga kini PMRAM masih lagi dinafikan hak memiliki pejabat dan penggunaan Rumah Melayu (sekarang Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan umum mengetahui bahawa sejarah menyatakan tanah kawasan terbinanya (DMAK) asalnya adalah kurniaan kerajaan Mesir kepada PMRAM atas kebersamaannya mendokong kerajaan Mesir menghadapi Perang Mesir -Israel. Sebagai catatan umum, termaktub didalam surat perjanjian penyerahan tanah tersebut kepada kerajaan Malaysia ialah hak PMRAM untuk menerima suatu ruang di (DMAK) sebagai pejabat pentadbiran yang dinafikan hingga ke saat ini.

Bukan sahaja PMRAM yang dimangsakan oleh kerajaan bahkan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKSAM) juga pernahkan diharamkan oleh Kerajaan Selangor pimpinan Umno .Pelbagai sekatan yang telah dikenakan terhadap pelajar Selangor yang menyertai PMRAM,zakat disekat dan dipolitikkan, malah kemuncak penganiayaan tersebut ialah segelintir pelajar dihalau serta dihalang untuk menghuni asrama Selangor.Peristiwa yang hampir sama berlaku terhadap Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) , hak penggunaan satu ruang di asrama Terengganu sebagai pejabat pentadbiran turut dinafikan.Terkini Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang Mesir(BKIMP) pula sedang diancam untuk dibubarkan oleh pihak tertentu.

Perjuangkan hak dan kesatuan mahasiswa Malaysia Mesir

Sekian

Pejuang Kecil
9.22 pagi, 1 Rabiul Akhir 1439
Kaherah, Mesir

Palestin: Sejarah Yang Dilupakan Oleh Pemimpin Arab !

Kondisi di bumi Palestin khasnya di wilayah Ghazzah makin meruncing. Lebih 400 umat Islam terkorban dan 2000 tercedera. Ratusan rumah musnah dan hampir 10 buah masjid dibantai teruk. Saat inilah Allah menzahirkan secara terang-terangan golongan Munafiq sebagaimana Allah menzahirkannya kepada Rasulullah ketika Islam dipukul hebat. Perhitungan antara saudara seAqidah dengan musuh yang membantai Islam tidak ada lagi dalam kotak fikiran golongan Sosialis, Nasionalis dan Sekular yang berselindung dengan nama-nama Islam ini. Mereka benar-benar menjadi Munafiqin dan Murtaddin. Itulah Mahmud Abbas, Husni Mubarak, seluruh pemimpin-pemimpin Arab yang mengelilingi Palestin dan pemimpin umat Islam seluruh dunia kecuali mereka yang masih mempunyai nilai ukhwah Islamiyyah. Sebahagian besar mereka telah menjadi musuh Allah, musuh Islam dan musuh ummah.

Peranan Khalifah Uthmaniyyah Dalam Isu Palestin:

Lupakah mereka bagaimana sikap Sultan Abdul Hamid II yang merupakan salah seorang khalifah bagi kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah sebelum keruntuhannya menghadapi isu Palestin ? Turki Uthmaniyyah mempunyai seramai 8 orang Sultan dan 29 pemerintah yang mengguna gelaran Khalifah dengan pemerintahan yang begitu lama masanya iaitu selama 636 tahun bermula 1288 M sehinggalah 03 Mac 1924. Antara yang paling teruk ditekan oleh badai gerakan Freemasonry, Zionisme dan Barat ialah Sultan Abdul Hamid, khalifah ke 27 dalam pemerintahan tersebut. Beberapa kali beliau didesak agar menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi yang ketika itu bertebaran dipelbagai Negara kerana dihalau. Inilah sikap bangsa Yahudi sehingga Rasulullah mengahalau mereka ke Khaibar dan sebahagian mereka dibunuh. Penipu, pengkhinat, zalim, menjalankan riba’, menindas itu kelebihan mereka. Apabila berada di Negara-negara Eropah, pemimpin-pemimpin Kristian sendiri menghalau mereka dek kerana sikap buruk mereka.

Ketika Theodore Hertzel yang merupakan Ketua Pertubuhan Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry bertemu Sultan Abdul Hamid II memohon agar diberikan sedikit tanah Palestin kepada bangsa Yahudi untuk menubuhkan Negara, lihatlah apa jawatan 
Sultan Abdul Hamid :

Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki,tetapi milik bangsa Arab.Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab,tetapi milik umat Islam seluruhnya.Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.Simpanlah wang kamu yang berjuta itu,kerana sekiranya suatu hari nanti Khalifah Islamiyyah tumbang,kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran.

Adapun,sekiranya aku masih hidup,aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku.Adakah kami akan membenarkan diri ( wilayah-wilayah takluk Turki ) kami ini dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup ? “

Inilah jawapan tegas Sultan Abdul Hamid yang sempat memerintah bermula1876 – 1909 disaat-saat getir kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Soalnya, adakah Sultan Abdul Hamid tidak ditawarkan kebendaan sebagaimana pemimpin –pemimpin Arab hari ini ditawarkan kebendaan dan jaminan keselamatan oleh Amerika dan Israel ?

Theodore Hertzel yang juga pencetus idea penubuhan Negara Yahudi telah menawa
rkan kepada Sultan Abdul Hamid II tawaran berikut jika memberikan sedikit tanah Palestin untuk bangsa Yahudi. Ketika itu Palestin adalah wilayah Islam dibawah Turki Uthmaniyyah. Antara tawarannya:

1) Menjelaskan semua hutang Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

2) Membangun dan menggiatkan aktiviti perdagangan dan perindustrian untuk Turki.

3) Menyedia pelbagai kemudahan pengangkutan dengan membina jalan keretapi dan kapal laut.

4) Membina sebuah universiti yang dilengkapi kemudahan moden.

5) Menggunakan 100% akhbar untuk mempertahankan sultan bagi menghadapi kuasa Barat.

6) Hadiah wang sebanyak 100 juta nilai emas kepada baginda.

Jika inilah kebendaan yang pemimpin-pemimpin Arab dan umat Islam inginkan, lihatlah betapa besarnya Sultan Abdul Hamid II pernah ditawar. Namun, dihadapannya adalah maruah ummah, maruah saudara seAqidah, pertanyaan Allah di Yaumil Mahsyar sebagai khalifah dan harapan ummah, lalu kebendaan ini ditolak.

Pemimpin Arab dan Umat Islam Takut Hilang Kekuasaan.

Na’uzubillah. Lihatlah pengorbanan Sultan Abdu
l Hamid II. Ketegasan beliau mempertahankan Islam dalam pemerintahan dan tegas dalam isu Palestin membuatkan beliau sampai digulingkan dan dihalau keluar dari istana khalifah oleh gerakan Freemasonry yang dibelakangnya pelbagai jenis musuh Allah. 4 anggota Freemasonry tersebut adalah Imanuel Qarh Sou, Aram, As’ad Tubtoni dan ‘Arif Hikmat.

Tidak ada otakkah wahai pemimpin umat Islam hari ini melihat ketegasan Sultan Abdul Hamid II. Islam dan ummahnya didahulukan daripada perut. Ya, kalian benar-benar musuh Allah, musuh Islam dan musuh ummahnya. Anak-anak Palestin yang terkorban, ibu-ibu yang dibelah perut dan diterajang serta orang-orang tua yang tidak berdaya di Palestin ini akan mengheret kalian dihadapan Allah nanti.

Catatan: Gambar 1-Sultan Abdul Hamid II.

Gambar 2 – Theodore Hertzel

Gambar 3 – Sultan Abdul Hamid II (dua dari kanan) dihalau dari istana.

Sumber : arruhuljadid86.blogspot.com

Akhukum

Pejuang Kecil

7.39 malam, 13 Muharram 1430 Hayyu A'syir Kaherah

Selasa, 14 April 2009

Haramkan PMRAM ? Budak UMNO Biadab

Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supayaPMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir .Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ?PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .

thursday, 26 march 2009

SELAMAT BERMUKTAMAR
Muktamar Sanawi kali ke-76
PMRAM & HEWI PMRAM
25 & 26 Mac 2009
kepada:
Seluruh Ikhwah & Akhawat
anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

wednesday, 25 march 2009